Motosikal / Lain Lain Roda

Naza Premira Lancar Tiga Model Vespa Baharu

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia telah melancarkan tiga model 2018 Vespa iaitu Primavera 150, Sprint 150 dan GTS 300 Super Sport.

BHP

Vespa Primavera 150 (RM15,600)

Capture One Catalog40332

Berbeza dengan versi sebelum ini, Primavera mempunyai elemen ‘tali leher’ pada bahagian hadapan dan kemasan krom pada mudguard hadapan. Ia didatangkan dengan rim aluminium aloi bersaiz 12 inci dengan rekaan lima jejari (five-spoke) serta lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang.

IMG_1315

Primavera kini boleh didapati dalam warna Beige Metallic, Nero Vulcano dan Monto Bianco. Untuk lebih kemudahan, pelanggan boleh mendapatkan aksesori seperti ‘top box’, serta rak bagasi dengan kemasan krom.

IMG_1318

‘Nadi’ Primavera merupakan enjin i-Get 150 cc, silinder tunggal yang menjana 12.7 hp pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm, menjadikannya sesuai untuk ditunggang di kawasan bandar yang sesak atau di lebuh raya terbuka.

Vespa Sprint 150 (RM16,400)

IMG_1306

Diperbuat sepenuhnya daripada keluli, Sprint menampilkan rim aluminium aloi 12 inci serta lampu LED hadapan dan belakang. Ia juga mempunyai elemen ‘tali leher’ pada bahagian hadapannya yang membezakannya dengan model sebelum ini.

Capture One Catalog40592

Seperti model Primavera, Sprint turut dikuasakan oleh enjin i-Get 150 cc silinder tunggal dengan 12.7 hp pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.

IMG_1309

Ditawarkan dalam warna Blue Matt, Monte Bianco, Rosso Dragon dan Grigio Titanio, Sprint juga boleh dinaik taraf dengan rangkaian aksesori seperti top box, backrest, penghadang angin custom dan sebagainya.

Vespa GTS 300 Super Sport (RM28,000)

GTS Super Sport 1

GTS 300 Super Sport dikatakan sebagai versi paling agresif dalam siri GTS. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Red Matt dan Grigio Titanio.

IMG_1301

Dikuasakan oleh enjin Quasar 300 cc silinder tunggal, model ini mempunyai kuasa dan tork maksimum sebanyak 21 hp pada 7,750 rpm dan 22 Nm pada 5,000 rpm. Ia juga didatangkan dengan ABS, Traction Control ASR, tongkat sisi elektrik dan immobiliser.

IMG_1302

Seperti model-model Vespa yang lain, GTS 300 Super Sport boleh didapati dengan pelbagai aksesori seperti top box, pelindung kaki, bar hendal anti kecurian. Ia juga dilengkapi dengan pembuka tempat duduk elektrik, fungsi pengesan motosikal dan port USB.

Previous post

'Tawaran Oktober' Nissan Dengan Rebat Sehingga RM8,000

Next post

Volvo XC40 Di Rumah Terbuka Sisma Auto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *