Cerita Auto

Mitsubishi Tawar Outlander Sports Edition

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan model edisi terhad Outlander Sports Edition.

BHP

Terhad kepada 120 unit, Outlander Sports Edition adalah berasaskan varian 2.0-liter dan didatangkan dengan bumbung berwarna hitam dan warna badan merah metalik.

Gabungan warna yang garang ini dipadankan dengan gril hadapan, rim aloi dengan kemasan hitam berkilat dan lambang ‘Outlander’ pada hud. Ruang kabin pula menampilkan sistem DVD berkembar dan karpet dengan jalur merah.

Berharga RM142,888, Outlander Sports Edition didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Harga Hyundai Elantra Dikemaskini

Next post

Land Rover Classic Bina Semula Defender Works V8 Edisi Selfridges

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>