Bisnes

Mercedes-Benz Malaysia Umum Prestasi Suku Ketiga 2018

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan prestasi suku ketiga bagi tahun 2018 yang menyaksikan angka jualan mencecah 10,143 unit setakat ini.

BHP

Menurut MBM, angka tersebut mewakili peningkatan sebanyak 16% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala perkongsian pasaran meningkat dari 2.3% pada suku ketiga tahun lalu kepada 2.5% pada suku ketiga tahun ini.

Dari segi pecahan jualan, barisan limosin Mercedes-Benz yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu C-Class, E-Class dan S-Class mencatatkan jualan sebanyak 6,344 unit, manakala model kompak iaitu A-Class, B-Class, GLA-Class dan CLA-Class merekodkan jualan sebanyak 1,268 unit.

MercedesBenz_S560_Cabriolet_06

Kedua-dua segmen ini masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 21.1% dan 4% berbanding suku ketiga tahun lalu.

Sementara itu, rangkaian model SUV Mercedes-Benz turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jualan sebanyak 1,960 unit (peningkatan 3.4% berbanding tempoh sama tahun lalu), manakala jualan koleksi Dream Cars pula meningkat sebanyak 40% dengan angka jualan mencecah 570 unit.

Mercedes-AMG GT C

Portfolio MBM terus diperkembangkan tahun ini menerusi pelancaran S-Class, S-Class Cabriolet, S-Class Coupe dan Mercedes-Maybach S-Class, serta koleksi Dream Cars 2018 yang terdiri daripada CLS-Class Coupe, AMG GT C dan E-Class Cabriolet.

Bagi suku keempat tahun ini, MBM akan melancarkan beberapa lagi model yang dipertingkatkan yang terdiri daripada sebuah model kompak, sebuah limosin, tiga buah SUV dan sebuah model Dream Cars.

Previous post

Program Toyota Eco Youth Didik Kepentingan Perlindungan Alam Sekitar

Next post

Jualan Suku Ketiga Ford Ranger Naik 61 Peratus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *