Berita AutoMotosikal / Lain Lain Roda

Mercedes-Benz Malaysia Lancar A-Class Generasi Keempat

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan model kompak yang ditunggu-tunggu iaitu A-Class serba baharu. Model generasi keempat ini diperkenalkan buat pertama kali di Geneva Motor Show awal tahun ini.

BHP

Bagi pasaran Malaysia, A-Class ditawarkan dalam dua varian iaitu A 200 Progressive Line yang berharga RM227,888 dan A 250 AMG Line yang dijual pada harga RM263,888.

IMG_1460

Selain rekaan yang lebih dinamik, A-Class turut menampilkan rangkaian enjin terkini. A 200 dilengkapi dengan enjin turbo 1.3-liter empat silinder yang menghasilkan 163 hp pada 5,500 rpm dan 250 Nm dari 1,620 hingga 4,000 rpm.

Mercedes-Benz A 200 1 (23)

Sementara itu, varian A 250 pula mempunyai enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 224 hp pada 5,500 rpm dan 350 Nm dari 1,800 hingga 4,000 rpm. Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-DCT yang mempunyai mod Eco, Comfort, Sport dan Individual.

IMG_1500

Dari segi prestasi, A 200 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam lapan saat dengan kelajuan maksimum 225 km/j, manakala A 250 pula melakukannya dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum yang lebih tinggi iaitu 250 km/j.

IMG_1486

A-Class merupakan model Mercedes-Benz pertama yang didatangkan dengan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX).  Ia mempunyai ciri kawalan suara dengan ciri pemahaman bahasa yang boleh diaktifkan dengan hanya menyebut “Hey Mercedes”.

Mercedes-Benz A 250 (25)

Menerusi fungsi ini, pemandu boleh mengawal pelbagai ciri infotainment seperti navigasi, pilihan muzik, suhu pendingin hawa dan warna pencahayaan ambien tanpa perlu menggunakan tangan.

IMG_1481

Turut disertakan adalah Widescreen Cockpit yang terdiri daripada dua skrin yang masing-masing bersaiz 10.25 inci. Paparan digitalnya boleh dikonfigurasikan dalam beberapa gaya berbeza seperti Classic, Understated dan Sport.

IMG_1473

Dari segi kelengkapan lain, kedua-dua varian didatangkan dengan lampu LED, rim 18 inci, tempat duduk hadapan boleh laras dengan fungsi memori, sokongan lumbar, Keyless-Go, Active Brake Assist, Active Parking Assist, sistem pemantauan tekanan tayar, kamera undur, dan kawalan high-beam automatik.

IMG_1490

 

Previous post

Toyota Rush Dilancarkan di Malaysia

Next post

Ford Tingkatkan Pengeluaran GT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *