Berita Auto

Mercedes-Benz GLC L Sediakan Ruang Kabin Lebih Luas

Mercedes-Benz telah melancarkan GLC L, yang secara asasnya merupakan model GLC versi ‘long wheelbase’ yang dibangunkan khas untuk pasaran China.

BHP

Jika dibandingkan dengan versi standard yang turut dijual di negara itu, jarak antara roda (wheelbase) SUV terbaru ini menjadi lebih panjang iaitu dari 2,873 mm kepada 2,973 mm. Bukan itu sahaja, panjang keseluruhannya turut bertambah sebanyak 109 mm kepada 4,765 mm.

2018-mercedes-benz-glc-l-2

Secara keseluruhan, GLC L mempunyai reka bentuk yang sama dengan GLC namun jika diperhatikan betul-betul, pintu belakang model ini kelihatan lebih panjang.

2018-mercedes-benz-glc-l-4

Di China, GLC L ditawarkan dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 184 hp bagi varian GLC 200 L 4Matic, 211 hp bagi GLC 250 L 4Matic dan 245 hp bagi varian tertinggi iaitu GLC 300 L 4Matic. Ketiga-tiga varian ini didatangkan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

2018-mercedes-benz-glc-l-3

2018-mercedes-benz-glc-l-5

 

 

 

Previous post

Julat Elektrik Yang Terpanjang Berbanding Mana-mana Hibrid Lain Di Dunia

Next post

Cub Prix: Batu Kawan Mampu Jadi Penentu Juara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *