Berita Auto

Mercedes-AMG E53 4Matic+ Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

Selain mengumumkan pencapaian mereka bagi suku ketiga tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia turut sempat mempertontonkan salah satu model yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini iaitu Mercedes-AMG E53 4Matic+.

BHP

Boleh didapati dalam versi sedan atau coupe, E53 merupakan model AMG kedua dalam barisan E-Class selepas E63 S. Ia dijangka dijual pada harga bermula dari RM740,000 bagi versi sedan dan RM764,000 bagi coupe.

Mercedes-AMG E 53 Coupe (10)

Tidak seperti E63 S yang mempunyai enjin V8, model terbaru ini menampilkan rangkaian kuasa EQ Boost yang terdiri daripada enjin 3.0-liter enam silinder yang menghasilkan 435 hp dan 520 Nm, dan sistem Integrated Starter/Generator (ISG) yang mampu menjana kuasa tambahan sebanyak 22 hp dan 250 Nm.

Mercedes-AMG E 53 Sedan (28)

Dengan transmisi automatik AMG Speedshift sembilan kelajuan, jentera ini hanya memerlukan 4.5 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Ia juga boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Mercedes-AMG E 53 Coupe (17)

Selain daripada pacuan semua roda 4Matic+, E53 turut didatangkan dengan suspensi udara AMG Ride Control+ berserta ciri Adaptive Damping System (ADS+) yang menawarkan tiga mod iaitu Comfort, Sport dan Sport+.

Mercedes-AMG E 53 Sedan (12)

Kelengkapan standard bagi E53 termasuklah kit badan AMG dengan AMG Night Package, rim aloi bersaiz 20 inci, serta lampu Multibeam LED. Ruang kabinnya pula menampilkan stereng AMG dan tempat duduk sport yang dibalut kulit Nappa, serta kemasan gentian karbon pada bahagian konsol tengah bagi versi sedan dan aluminium bagi versi coupe.

Mercedes-AMG E 53 Coupe (25)

Sistem multimedia pula merangkumi sistem COMAND Online, Apple CarPlay, Android Auto, pengecas wayarles dan sistem audio Burmester. Juga terdapat fungsi Track Pace yang boleh digunakan untuk menganalisa data pemanduan.

Mercedes-AMG E 53 & E 53 Coupe (1)

Mercedes-AMG E 53 Sedan (5)

Mercedes-AMG E 53 Sedan (19)

Previous post

Tempoh Menunggu Toyota Harrier Dipendekkan

Next post

Tunggang dan Menang Pas MotoGP 2018 Dengan Ducati Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *