Berita Auto

Mazda CX-5 (2019) Dilancarkan di Jepun

Mazda telah melancarkan CX-5 versi 2019 bagi pasaran Jepun. Ia menerima beberapa kemaskini termasuk enjin SkyActiv-G 2.5-liter turbo, menjadikannya model pertama di negara itu yang ditawarkan dengan enjin tersebut.

BHP

Enjin petrol itu menghasilkan 230 PS pada 4,250 rpm dan 420 Nm pada 2,000 rpm, dan dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Mazda kini turut menawarkan varian transmisi manual enam kelajuan untuk varian SkaActiv-D 2.2, dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

mazda cx-5 2.5 03

Selain itu, sistem G-Vectoring Control (GVC) telah dinaik taraf menjadi GVC Plus dan didatangkan secara standard pada semua varian. Ciri Advanced Smart City Braking Support kini mempunyai pengesan pergerakan pejalan kaki waktu malam, manakala 360 View Monitor pula ditawarkan secara pilihan.

mazda cx-5 2.5 04

Ciri Mazda Connect juga menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto buat pertama kalinya bagi pasaran Jepun.

mazda cx-5 2.5 02

Tidak banyak yang berubah dari segi reka bentuk selain warna Grey Metallic yang menggantikan warna Dark Silver bagi rim 17 inci, suis dan tombol kawalan baharu dan tweeter pada tiang A.

mazda cx-5 2.5 05

Bagi pelanggan yang inginkan sesuatu lebih eksklusif, Mazda turut menawarkan model edisi istimewa ‘Exclusive Mode’ yang didatangkan dengan pelbagai kelengkapan premium seperti rim 19 inci, upholsteri kulit Nappa, kemasan kayu sebenar, cermin pandang belakang tanpa bingkai dan sistem pengudaraan pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Previous post

Porsche Panamera GTS Tiba Dengan 460 HP

Next post

Jualan Kereta Diesel Di Eropah Menjunam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *