Gaya Hidup

Land Rover Classic Bina Semula Defender Works V8 Edisi Selfridges

Defender Land Rover hanya-satu ini memasuki Selfridges di London secara dramatik. Dia memasuki pusat beli-belah yang terkenal ini melalui tingkap tingkat pertama.

Edisi Defender Works V8  Selfridges yang unik ini adalah pusat tumpuan bahagian pakaian lelaki yang baharu mereka di cawangan Oxford Street, tetapi tidak sebelum jurutera dari Land Rover klasik memasang semula kenderaan itu sepenuhnya di hadapan kesemua pengunjung.

Agar ianya muat tingkap lantai pertama, Defender ini terpaksa dibongkar dan satu pasukan pakar akan membinanya semula dalam tempoh empat hari saja. Bila siap, kenderaan hanya-satu ini akan di selubung sambil Selfridges melakukan sentuhan penamat kepada bahagian pakaian lelaki yang baharu menjelang pembukaan rasminya pada 29 Oktober nanti.

Kenderaan Edisi Selfridges ini memulakan kehidupannya sebagai Pikap Defender 110 pada tahun 2016 tetapi pasukan Land Rover klasik telah mengubahnya menjadi 110 Soft Top, lengkap dengan bumbung siap dengan warna tanda dagang kuning jenama Selfridges. Kerja-kerja badan selesai dengan warna kontras Hijau Gangsa dan cermin lipat gaya warisan dan pintu separuh tinggi melengkapkan rupa open-airnya.

Casis dan powertrain  Defender Works V8 – Edisi ke-70 Edisi Selfridges dipertingkatkan. Ianya diumumkan pada bulan Januari untuk merayakan ulang tahun ke-70 Land Rover. Menampilkan V5 405PS yang menghasilkan tork 515Nm, transmisi automatik ZF lapan kelajuan ditambah brek dan penggantungan yang ditambahbaik, Works V8 yang terhad ini adalah model Defender terpantas dan paling kuat yang pernah dihasilkan.

Apabila kenderaan siap dibentangkan pada akhir bulan Oktober ini, kerusi gaya lama akan menampilkan upholsteri kulit coklat dengan jahitan sulam melintang manakala penambahan Jaguar Land Rover Classic Infotainment System akan menggabungkan pesona lama dengan teknologi audio canggih, navigasi satelit, radio digital DAB dan sambungan Bluetooth dalam unit utama bergaya klasik.

 

Previous post

Mitsubishi Tawar Outlander Sports Edition

Next post

Teknologi "Pintar Simpang" Honda: Melihat Menembusi Bangunan di Persimpangan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>