Berita Auto

Hyundai i30 Fastback N Muncul di Paris Motor Show

Hyundai telah mendedahkan satu lagi model berprestasi tinggi mereka iaitu i30 Fastback N di Paris Motor Show 2018. Dibangunkan dan diuji di Nurburgring, ia merupakan model N kedua Hyundai bagi pasaran Eropah selepas i30 N hatchback lima pintu.

BHP

Model ini menampilkan rekaan dinamik menerusi komponen-komponen N seperti gril dan bampar yang dihiasi dengan jalur berwarna merah. Di belakang, spoiler dan dua muncung ekzos menunjukkan bahawa ia serius tentang prestasi.

Hyundai-i30_Fastback_N-2019-1280-12

Bahagian dalaman pula mengetengahkan suasana sporty dengan roda stereng N yang eksklusif, serta jahitan kontras merah pada bahagian tempat duduk dan tombol gear. Menurut Hyundai, rekaan sporty tidak menjejaskan praktikaliti i30 Fastback N yang mempunyai ruang bagasi sebesar 450 liter atau 1,351 liter jika tempat duduk dilipat.

Hyundai-i30_Fastback_N-2019-1280-1f

Seperti i30 N dan Veloster N, model terbaru ini turut dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder. Pelanggan yang memilih Standard Package mendapat 250 PS, manakala Performance Package pula menawarkan kuasa maksimum 275 PS. Kedua-dua pakej tersebut menawarkan 353 Nm yang boleh dinaikkan sehingga 378 Nm dengan fungsi Overboost.

Hyundai-i30_Fastback_N-2019-1280-16

Dengan transmisi manual enam kelajuan, i30 Fastback N mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.4 saat bagi versi 250 PS, atau 6.1 saat bagi versi 275 PS. Kedua-duanya mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu 250 km/j.

Hyundai-i30_Fastback_N-2019-1280-09

Karakter pemanduan yang berbeza boleh diakses menerusi sistem N Grin Control yang menyediakan lima mod pemanduan berbeza iaitu Eco, Normal, Sport N dan N Custom.

Hyundai-i30_Fastback_N-2019-1280-0a

Seperti kebanyakan model Hyundai yang lain, i30 Fastback N turut didatangkan dengan sistem keselamatan aktif dan bantuan pemandu SmartSense yang merangkumi ciri-ciri seperti Forward Collision-Avoidance Assist, Driver Attention Warning, Lane Keeping Assist, High Beam Assist dan Intelligent Speed Limit Warning.

 

Previous post

Harith Sedia Pamer Aksi Terbaik

Next post

‘BMW Motorrad Nightfuel’ Di Johor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *