Berita Auto

GoCar Kini Boleh Didapati di 100 Stesen Shell di Seluruh Negara

Platform perkongsian kereta iaitu GoCar telah mengumumkan bahawa perkhidmatannya kini boleh didapati di 100 stesen Shell di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kerjasama ini selaras dengan komitmen kedua-dua syarikat dalam membuatkan perjalanan hidup lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Pelanggan kini boleh memilih GoCar mereka di stesen Shell yang terpilih, selain mengisi minyak dan mendapatkan snek kegemaran di Shell Select.

BHP

Platform ini membolehkan pelanggan menyewa kereta mengikut jam atau hari menerusi aplikasi telefon pintar GoCar yang boleh dimuat turun daripada App Store (bagi penggunaan iOS) dan Google Play Store (bagi pengguna Android).

Armada GoCar terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan termasuk sedan, SUV, MPV serta trak pikap. Pelanggan yang menempah GoCar melalui aplikasinya juga akan menghargai keselesaan penyelenggaraan kenderaan dan insurans asas yang termasuk dalam kadar.

Bagi meraikan kerjasama ini, GoCar dan Shell akan mengadakan promosi eksklusif di mana pelanggan yang membelanjakan minimum RM5 boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi tempahan GoCar. Promosi ini diadakan dari 16 Oktober hingga 15 Disember 2018 di 30 stesen Shell yang terpilih.

Previous post

Volkswagen ART3on Bukan Arteon Biasa-biasa

Next post

Proton X70 Kini Boleh Ditempah Secara Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *