Bisnes

Dyson Bakal Buka Kilang Pembuatan Kereta Elektrik di Singapura

Pengeluar peralatan elektrik mewah Dyson akan meneruskan rancangannya untuk menghasilkan kereta elektrik. Terbaru, syarikat British itu mengumumkan bahawa ahli lembaga telah meluluskan pembinaan kilang pembuatan kereta elektrik pertamanya di Singapura yang dijangka siap pada tahun 2020.

Dyson mengumumkan bahawa ia akan memasuki sektor automotif pada tahun lalu, dengan pengasas syarikat James Dyson mengatakan bahawa kereta barunya akan menjadi “sangat berbeza” dengan kenderaan elektrik sedia ada.

BHP

Laporan pada awal tahun ini menunjukkan bahawa syarikat itu merancang untuk menghasilkan tiga model kereta elektrik – satu model mewah serta dua model mampu milik untuk pasaran massa – dengan pelaburan sebanyak $2.6 bilion.

Walaupun langkah ini dilihat sebagai sesuatu yang agak pelik, Dyson mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk menghasilkan komponen penting bagi kereta elektrik seperti bateri dan motor. Bukan itu sahaja, ia juga merancang untuk menawarkan 300 peluang pekerjaan baru bahagian automotif di pusat penyelidikannya di Hullavington, United Kingdom.

Dalam satu e-mel kepada pekerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif Dyson, Jim Rowan berkata pembinaan kilang baharu itu bermula pada bulan Disember ini. Akses kepada pasaran yang pesat membangun, tenaga kerja mahir dan rantaian bekalan yang luas adalah antara sebab mengapa Singapura dipilih sebagai lokasi kilang itu.

 

Previous post

Makan Malam Tahun Baharu Cina 2019 - China Treasures SDCC - Jejak Makan R!O!SS Eat Beat 49

Next post

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir Pertahankan Pembelian Volvo S90nya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *