Gaya Hidup

Aktiviti Pembersihan Pantai Dengan Nissan Nutures Nature

Sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia pada 15 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama aktivis alam sekitar Guardians of Mother Earth, Trash Hero dan I-Cycle menyertai pergerakan sivik global itu menerusi aktiviti pembersihan pantai di Sepang.

BHPSeramai 120 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan ETCM, ahli keluarga Nissan, rakan-rakan dan para sukarelawan aktivis alam sekitar berkumpul di Pantai Bagan Lalang di Sepang, bergotong-royong membersihkan bahan terbuang untuk tujuan pantai yang lebih bersih dan hidupan marin bebas dari kekotoran dan pencemaran.

05 NNN Beach Clean Up

Pantai Bagan Lalang merupakan satu destinasi riadah yang popular, terletak berhampiran bandar Sungai Pelek di daerah Sepang, kira-kira 60km dari Kuala Lumpur. Ia menjadi lokasi kegemaran untuk melakukan aktiviti keluarga pada hujung minggu seperti berkelah, berkhemah, menaiki bot dan pelbagai aktiviti rekreasi lain. Namun apa yang menyedihkan, sampah terutamanya beg plastik dan puntung rokok dibuang merata tempat di kawasan pantai.

06 NNN Beach Clean Up

Sepanjang aktiviti pembersihan pantai ini, para peserta telah mengutip lebih 200kg bahan terbuang termasuk 113kg barangan yang boleh dikitar semua, 86kg sampah dan 6kg puntung rokok. Antara sampah yang sering dibuang ialah penyedut minuman, botol kaca dan plastik, pembungkus makanan, sudu, garfu dan pelbagai jenis buangan lain. Data material bahan buangan ini akan dihantar ke pihak berkuasa Pembersihan Sedunia untuk dianalisa dan memahami lebih mendalam tentang skala masalah pembuangan sampah di Malaysia.

07 NNN Beach Clean Up

Sesi-sesi interaktif turut diadakan, di mana para peserta berkongsi infomasi dan pengalaman membersihkan pantai, sesi meditasi pendek untuk berhubung dengan alam sekitar serta ceramah eko mengenai pengurusan sampah oleh aktivis alam sekitar.

ETCM akan meneruskan kempen Nissan Nurtures Nature. Sudut eco seterusnya akan diadakan pada 6 & 7 Oktober 2018, bermula jam 10am hingga 8pm secara eksklusif di ETCM Butterworth dan ETCM Ipoh.

14 NNN Beach Clean Up

Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
6 – 7 Oktober 10am – 8pm Utara ETCM Butterworth
Utara ETCM Ipoh

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut dan kemas kini kempen Nissan Nurtures Nature boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantar e-mel ke crd@tanchonggroup.com. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

21 NNN Beach Clean Up_Interactive Sessions

Previous post

Perodua Tumpu Usaha Kurangkan Tunggakan Tempahan Myvi

Next post

Suzuki Katana Dilahirkan Semula

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

1 Comment

  1. 30/07/2019 at 6:14 pm — Reply

    … [Trackback]

    […] There you will find 61771 more Infos: gohedgostan.com/2018/10/aktiviti-pembersihan-pantai-dengan-nissan-nutures-nature/ […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *