Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NVX GP Edition (2018) Dilancarkan – RM10,606

Bagi meraikan penglibatan jangka panjang Yamaha dalam perlumbaan MotoGP, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha NVX GP Edition yang boleh didapati di pengedar-pengedar sah dengan harga RM10,606.

BHP

Diinspirasikan oleh jentera YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales, NVX GP Edition menampilkan warna biru signatur dan grafik Movistar terkini.

Tiada sebarang perubahan mekanikal, bermakna skuter ini masih dikuasakan oleh enjin 155 cc silinder tunggal dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm tork pada 6,250 rpm yang kemudiannya disalurkan ke roda belakang melalui transmisi tali sawat V-automatik.

18 NVX GP 1

Dari segi kelengkapan, dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang, paparan digital 5.8 inci, ruang simpanan sebesar 25 liter serta ruang simpanan mini dengan soket elektrik untuk mengecas gajet. Turut disertakan adalah sistem Smart Key dengan fungsi ‘keyless start’ serta ‘immobilizer’.

Bukan itu sahaja, pembeli NVX GP Edition juga akan menerima sehelai jaket eksklusif dan sijil pemilikan.

18 NVX GP 6

 

Previous post

Toyota Sambut 20 Tahun Yaris Dengan Varian Y20

Next post

Supra Di Spain ... Lebih Laju Dari Z4 Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *