Berita Auto

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Puchong

Atiara Johan Sdn Bhd secara rasminya melancarkan cawangan pengedar 3S baharu miliknya hari ini. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan turut disertai barisan pengurusan Proton yang lain.

BHP

Cawangan baharu yang dimiliki oleh Atiara Johan ini menggantikan bilik pameran berstatus 1S yang sebelum ini beroperasi di Pandan Indah, Kuala Lumpur, dan digunakan untuk aktiviti jualan sahaja. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, syarikat itu mengambil keputusan untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka kepada pusat 3S di lokasi baharu.

Service counter (1)

Terletak di Puchong, cawangan baharu ini telah dibina di kawasan tanah lot dan kos pembinaan dianggarkan bernilai RM3.5 juta, dengan kawasan seluas 1,700 meter persegi. Kawasan sekitar bagi lokasi baharu ini merupakan sebuah kawasan komersil yang padat disamping berdekatan dengan jalan utama bersama syarikat-syarikat pengeluaran kereta yang lain, justeru mereka menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 60% dan kemudahan servis akan menjadi aliran pendapatan baharu untuk cawangan tersebut.

Service area

Sehingga 31 Ogos 2018, Proton telah mencapai sebanyak 92% daripada sasarannya untuk pelan cawangan yang diluluskan berstatus 3S dan 4S. Sasaran jenama itu untuk mendapatkan sebanyak 109 cawangan menjelang Oktober tahun ini berjalan seperti yang dirancang kerana setakat ini sebanyak 100 cawangan telah mendapat kelulusan.

Showroom area (1)

“Pusat cawangan 3S dan 4S adalah penting kerana ianya berfungsi sebagai penghubung kepada pelanggan dan mengetahui bagaimana mereka melihat Proton. Apabila kami mengambil keputusan untuk menaik taraf cawangan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, ia bukanlah hanya kata semata-mata kerana terdapat hasil disebalik kata-kata tersebut,” Dr Li.

Previous post

Volkswagen Menghadapi Tuntutan Mahkamah USD10.7 Bilion - Bagaimana Akan Mereka Bayar?

Next post

Jangan Lupa Kunjungi Pameran Volvo di Pavilion Mall Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *