Cerita Auto

Pusat 3S Baharu Proton Dibuka di Sungai Dua, Butterworth

Proton telah melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang dinaik taraf di Sungai Dua, Butterworth, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik dan menampilkan wajah yang lebih menarik dan terkini. Dioperasikan oleh Top Zon Auto Gallery Sdn Bhd, pusat tersebut beroperasi sebagai pusat 2S (servis dan alat ganti) sebelum ini.

BHP

Keseluruhan lot bangunan kedai digunakan sebagai pusat 3S ini, dengan anggaran kos bernilai RM1.5 juta yang dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif Top Zone Auto Gallery Sdn Bhd, Tuan Haji Sobri Mustafa, kerana wajah baharu yang ditampilkan akan dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke cawangan ini.

car service area

Pusat servis menampilkan lima ruang servis dan lima pengangkat (hoist) yang dioperasikan oleh 10 kakitangan servis terlatih. Sementara menunggu kereta mereka siap diselenggara, pelanggan boleh menikmati minuman dan Wifi percuma di ruang istirehat.

customer area

Menurut Proton, penambahbaikan cawangan ini dijangka dapat meningkatkan jumlah servis kepada 25%, diikuti dengan pertumbuhan jualan yang positif pada tahun pertama.

service reception

Ia terletak di 51-59, Jalan Sungai Dua Utama 1, Taman Sungai Dua Utama, 13800, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Pejabat jualan beroperasi tujuh hari seminggu (8 pagi – 8 malam, Isnin hingga Sabtu, 9 pagi – 5.15 petang, Ahad) manakala pusat servis dibuka dari Isnin hingga Sabtu (8 pagi – 5.15 petang) dan ditutup setiap Ahad.

 

 

Previous post

Acura Panggil Semula 1,760 Unit NSX di Amerika Syarikat

Next post

Hibrid Plug-In BMW X5 xDrive45e iPerformance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *