Berita Auto

Produksi Porsche Macan 2019 Bermula

Porsche telah memulakan produksi Macan baharu di kilangnya di Leipzig, di mana sebahgian daripada kilang tersebut telah disesuaikan khusus bagi model itu. Unit berwarna hijau Mamba Green Metallic ini akan dihantar ke seorang pelanggan di China.

BHP

China telah menjadi salah satu pasaran paling penting bagi Porsche dan Macan adalah model yang popular di negara itu dengan jualan melebihi 100,000 unit sejak dilancarkan pada tahun 2014.

Permintaan tinggi terhadap SUV kompak ini membuatkan Porsche mengambil keputusan untuk meningkatkan pengeluaran di kilang Leipzig kepada lebih dari 420 unit sehari.

2019-porsche-macan-production (1)

Macan baharu telah dipertingkatkan secara menyeluruh termasuk aspek reka bentuk, keselesaan, teknologi dan dinamik pemanduan. Seperti model Porsche baru yang lain, ia kini didatangkan dengan jalur lampu LED di bahagian belakang.

Bahagian dalaman pula menampilkan beberapa ciri terkini seperti stereng GT dari model 911 dan skrin sentuh 10.9 inci Porsche Communication Management (PCM) yang menyediakan beberapa fungsi digital termasuk sistem navigasi dalam talian.

2019-porsche-macan-production (2)

 

Previous post

Izzat Mahu 'Curi' Podium

Next post

Aston Martin ... Syarikat Kereta British Terakhir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *