Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Produk Penjagaan Kereta DIY Dan Kedai Flagship Automotif 3M Malaysia Rasmi Di Lazada

3M Malaysia telah, hari ini, melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta DIY. Ia akan membolehkan para penggemar kereta, dan individu-individu yang suka melakukan kerja-kerja pembaikan dan penarafan dengan sendiri untuk memelihara keadaan kenderaan mereka secara ekonomik dengan menggunakan produk-produk gred profesional.

Photo_2

Tambahan lagi, atas usaha 3M Malaysia untuk menjadikan produk-produknya lebih mudah untuk diakses oleh para pengguna di dalam negara, syarikat ini telah merungkaikan pelancaran Kedai Flagship Automotif 3M yang rasmi dan yang pertama di Lazada.

Lazada Malaysia menerima penyertaan 3M Malaysia di LazMall dengan kedai flagship mereka yang berpaksikan produk-produk automotif.

Photo_3

LazMall ialah pusat membeli-belah dalam talian yang terbesar  di Asia Tenggara, ia menampilkan seleksi jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang terkemuka dan dipercayai, serta jenama-jenama dalam talian yang terbaik dan pengedar-pengedar bertauliah dari seluruh Malaysia. Mereka menjamin yang anda akan menerima produk-produk yang tulen serta menawarkan pilihan penghantaran hari berikutnya, dengan pemulangan mudah sehingga 15 hari.

Antara produk 3M yang di tawarkan ialah:

3M™ Headlight Restoration Kit. Ianya menampilkan empat langkah mudah yang boleh diikuti untuk membaik pulih kecerahan lampu depan yang diperbuat daripada plastik. Trizact™ Abrasives mempunyai ciri mikro-replikasi yang dapat dizahirkan semula dan ditebarkan dengan sekata untuk menghilangkan kesan-kesan kekuningan, kotoran dan calaran yang kecil tanpa merosakkan lensa lampu. Kit tersebut juga didatangkan dengan sacet lilin sintetik (synthetic wax) untuk menawarkan perlindungan tambahan bagi hasil yang dapat kekal berpanjangan.

A before and after look of a headlight that has been restored using 3M Malaysia's headlight restoration kit

3M™ Rubbing Compound. Ini boleh digunakan untuk melicinkan dan membersihkan permukaan yang dikehendaki, lalu memanfaatkan produk tersebut untuk dua kegunaan. Produk ini juga menghilangkan oksidasi serta kesan kotoran dan kecelaan yang lain. Ia selamat digunakan ke atas cat 2K, lapisan cat jernih (clear coat) dan lapisan cat lakuer; dengan gosokan yang lembut, kesan calar dapat dihilangkan.

3M™ One-Step Cleaner Wax. Keterampilan kenderaan anda yang lusuh kini boleh diberikan suntikan nafas baharu dengan pantas dan dengan jayanya. Namun, anda diingatkan untuk memeriksa dahulu kesan calar pada kenderaan anda. Jika kesan calar tersebut terlalu dalam atau terlalu luas, produk tersebut tidak dapat menghilangkan kesan calar tersebut dengan sepenuhnya.

A demo of the foggy headlights and the range of headlight restoration kits available on the 3M Malaysia Automotive store on Lazada

3M™ Scratch & Scuff Removal Kit membolehkan anda mengembalikan sinar dan gilapan daripada kesan calar yang ringan dan sederhana serta kawasan cat yang tergores dengan pantas, mudah dan tanpa bantuan peralatan tambahan.

Berserta dengan 3M™ Rubbing Compound, kit tersebut juga didatangkan dengan kepingan halus pelelas grit P3000 (P3000 grit abrasive square) yang dapat menghilangkan goresan dan calaran. Kemudian, ratakan 3M™ Rubbing Compound pada permukaan yang dikehendaki dan lap bahan tersebut untuk mengembalikan sinar dan gilapan kenderaan anda.

Produk 3M yang turut disediakan ialah 3M™ Complete Fuel System Cleaner, 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Leather & Vinyl Restorer dan 3M™ Tire Restorer pada harga yang berpatutan.

Dengan pelancaran ini, 3M Malaysia juga menawarkan diskaun yang menarik bagi para pembeli di Lazada. Bermula dari 19 September sehingga 19 Oktober 2018, empat pakej produk penjagaan kereta yang istimewa juga akan ditawarkan dengan diskaun yang bernilai RM 30. Keempat-empat pakej produk ini diperkenalkan untuk membantu menyelesaikan atau menghindari masalah-masalah lazim yang sering dihadapi oleh pengguna kereta.

Bagi mereka yang ingin menghilangkan kesan calar boleh memilih untuk membeli pakej calaran ringan dan sederhana pada harga RM 99.00. Pakej ini merangkumi 3M™Rubbing Compound, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.

Pakej yang kedua pula dirumus khas untuk memulihkan semula lampu depan yang kabur. Pada harga RM 154.30, pakej ini merangkumi 3M™ Headlight Restoration Kit, 3M™ Headlight Clear Coat dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.

BHP

Pakej yang ketiga menampilkan rangkaian produk yang dapat membantu pemilik kenderaan untuk menghilangkan kesan calar yang ringan serta cat yang dipindahkan ke kereta mereka ekoran kemalangan yang kecil. Pakej ini mengandungi 3M™ Scratch and Scuff Remover, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth pada harga RM 145.20.

Untuk mencegah kesan tera air (watermarks), pakej yang terakhir menyertakan 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Glass Coat Windshield dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth. Pakej ini berharga RM 63.90.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman Facebook 3M Auto Care @3mAutoCareMY atau kunjungi Kedai Flagship Automotif 3M di Lazada melalui https://www.lazada.com.my/shop/3m-automotive.

Sebagai terima kasih kami kepada anda di atas sokongan anda terhadap Gohed Gostan, sila dapatkan kod diskaun tambahan khas 15% untuk pakej-pakej yang di tawarkan di Lazada ini.  Kodnya ialah:

3MGHGS15

Photo_1

Previous post

Mercedes-AMG A35 4Matic Muncul Dengan 306 HP dan 400 Nm

Next post

Toyota Sambut 20 Tahun Yaris Dengan Varian Y20

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *