Berita Auto

Panggilan Balik Toyota TIDAK TERMASUK Kereta Yang Dijual Di Malaysia

UMW Toyota baru sahaja mengesahkan kepada www.dsf.my  bahawa panggilan balik 1.03 juta unit crossover Prius hybrid dan C-HR yang dirancang disebabkan masalah dengan penggunaan kabel enjin, yang boleh menyebabkan risiko kebakaran TIDAK termasuk mana-mana kenderaan jualan Malaysia kerana model terlibat tidak dijual di Malaysia.

Toyota di Malaysia tidak menjual hibrid C-HR dan hibrid Prius pula, model yang dijual di Malaysia adalah generasi terdahulu yang tidak terjejas. Pemilik Malaysia tidak perlu risau.

Walau bagaimanapun, jika anda telah membeli C-HR baik pulih atau rekon daripada pengimpot kelabu atau grey importers, peniaga kereta terpakai, maka anda perlu pergi balik kepada peniaga itu untuk mendapatkan penyelesaian dan … inilah satu-satunya sebab kenapa kami selalu menasihati anda supaya membeli kenderaan yang dijual sah di Malaysia dan tidak kenderaan rekon yang diimport dari yang pengedar kereta terpakai.

Previous post

VELOCITY MOTOR SHOW @ Desa ParkCity 15-17 September

Next post

DRB-HICOM Sempurnakan Skim Pemisahan Sukarela

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *