Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Guzzi V7 III Rough Masuk Pasaran Malaysia

Didi Resources Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi Moto Guzzi di Malaysia, telah melancarkan model terbaru iaitu V7 III Rough. Ia dijual pada harga RM75,000, namun terdapat sebilangan unit yang ditawarkan pada harga pengenalan istimewa RM69,900.

BHP

Tidak seperti versi-versi lain, V7 III Rough menonjol dengan tayar ‘knobby’ yang dipadankan dengan rim spoke berukuran 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

MG V7III Rough-1

Motosikal ini turut didatangkan dengan ciri seperti tempat duduk unik dengan jahitan dan tali pembonceng, serta fairing sisi dan fender yang diperbuat daripada aluminium, memberikannya gaya ‘urban country’.

MG V7III Rough-9

Bukan itu sahaja, bingkai lampu hadapan didatangkan dalam warna hitam manakala fork dilindungi oleh pelindung habuk klasik yang diperbuat daripada getah.

MG V7III Rough-6

Menggerakkan V7 III Rough adalah enjin V-twin bersesaran 744 cc yang dilengkapi dengan pushrod dan rocker aloi. Ia menjana 52 hp pada 6,200 rpm dan 60 Nm pada 4,900 rpm.

MG V7III Rough-10

Dari segi keselamatan, terdapat sistem brek ABS dan sistem MGCT (Moto Guzzi Traction Control) boleh laras yang juga boleh dimatikan. Cakera brek pula berukuran 320 mm di hadapan dan 260 mm di belakang.

MG V7III Rough-12

Mereka yang berminat boleh melihat model ini dengan lebih dekat lagi di Gasket Alley di Petaling Jaya atau Sheng Fatt di Pulau Pinang.

 

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Ungguli Indeks Khidmat Pelanggan J.D. Power 2018

Next post

Hyundai Akan Membawa Armada Tenaga Elektrik Bahan Api Sel Pertama Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *