Berita Auto

Minyak Enjin Shell Helix Tulen Kini Dengan Label ‘Untuk Pasaran Malaysia’

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru bagi produk-produk Shell Helix tulen yang rasmi untuk dijual di negara ini.

BHP

Rangkaian produk Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ tersebut dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali.

Label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix terlaris. Produk-produk tersebut adalah:

  • Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
  • Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
  • Shell Helix HX5 15W 40 (4L)

Kelima-lima produk Shell Helix tersebut kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Label baru di bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera, manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Kod QR juga membolehkan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuklah bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma.

Shell Helix - Made for Malaysia Packshot (Magnified)

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain, langkah tersebut merupakan pelaburan strategik oleh syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehkan mereka mengenalpasti produk tulen yang rasmi.

Shairan menambah bahawa tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat untuk Malaysia dan pelanggan akan terus menikmati prestasi enjin yang terunggul, walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.

Pengenalan produk Shell Helix dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ masih berterusan dan dijangka akan disempurnakan menjelang Januari 2019. Dalam tempoh peralihan ini, produk rasmi Shell Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan ketulenannya menerusi kod produk yang unik pada label.

Minyak enjin rasmi Shell Helix yang tulen bagi pasaran Malaysia boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell Helix, bengkel terpilih yang berurusan dengan pengedar Shell yang berdaftar dan cawangan stesen runcit Shell. Produk tersebut juga boleh didapati melalui kedai online rasmi Shell Malaysia dalam talian Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Previous post

Naza Italia Lancar Maserati Levante 2019

Next post

Komuniti Perodua Sumbang RM1.1 Juta Kepada Tabung Harapan Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *