Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Umum Senarai Harga Selepas SST

Berikutan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuatkuasa 1 September 2018, Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan bahawa harga bagi semua kereta Mercedes-Benz telah diselaraskan mengikut enakmen SST kerajaan.

BHP

Pada masa yang sama, syarikat itu turut mengumumkan penambahbaikan ke atas model GLC 200 dan GLC 250 4Matic yang kini dilengkapi dengan Blind Spot Assist, teknologi sensor radar yang ditugaskan untuk memantau bahagian sisi dan belakang kenderaan.

GLC 250 4Matic juga didatangkan dengan Lane Keeping Assist, satu ciri keselamatan yang membolehkan stereng bergetar bagi memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan tersasar dari lorong. Sistem ini menggunakan kamera pada bahagian dalam cermin hadapan.

Pada separuh kedua tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan rangkaian model flagship yang terdiri daripada S-Class, S-Class Cabriolet, S-Class Coupe dan Mercedes-Maybach S-Class. Syarikat itu turut memperkenalkan koleksi Dream Cars yang merangkumi CLS, E-Class Cabriolet dan AMG GT C pada Ogos lalu.

Bagi meneruskan momentum, Mercedes-Benz Malaysia dijangka akan melancarkan barisan C-Class serta A-Class hatchback tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai harga yang telah disemak semula bagi semua model Mercedes-Benz yang dijual di negara ini:

Press Information - MBM announces new SST pricelist-3

Press Information - MBM announces new SST pricelist-4

Press Information - MBM announces new SST pricelist-5

 

 

Previous post

BMW 6 Series GT Kini di Malaysia - RM450,000

Next post

Dua Pelumba Malaysia Bakal Sertai Yamaha VR46 Master Camp

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *