Cerita Auto

Mercedes-AMG A35 4Matic Muncul Dengan 306 HP dan 400 Nm

Segmen ‘hot hatch’ nampaknya bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran Mercedes-AMG A35 4Matic, pilihan ‘entry level’ dalam barisan model AMG.

BHP

Tawaran terbaru dari Affalterbach ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder baharu yang menghasilkan 302 hp pada 5,800 rpm dan tork maksimum sebannyak 400 Nm yang boleh didapati seawal 3,000 rpm.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (6)

Dilengkapi dengan tranmisi dwi klac AMG Speedshift tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda, jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.7 saat. Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (5)

Menurut Mercedes-Benz, sistem 4Matic model ini mempunyai pembahagian tork boleh ubah yang boleh menyalurkan 100% daya kilas ke gandar hadapan atau 50% di hadapan dan 50% di belakang.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (3)

A35 didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual. Dibangunkan khas untuk permukaan jalan yang licin, mod Slippery mengurangkan kuasa enjin serta menghasilkan lengkung tork yang lebih rata.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (4)

Selain itu, ciri AMG Dynamics dibangunkan untuk meningkatkan lagi fungsi Electronic Stability Program (ESP) bagi menghasilkan pengendalian yang lebih tepat. Ciri tersebut mempunyai dua program iaitu Basic untuk mod Slippery dan Comfort, serta Advanced bagi mod Sport dan Sport+.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (7)

Sistem gantungan standard terdiri daripada suspensi AMG Ride Control dengan topang MacPherson di hadapan dan gandar belakang multilink yang disambungkan terus ke badan menerusi subframe. Untuk pengendalian lebih mantap, pelanggan boleh mendapatkan Adaptive Damping System.

2019-mercedes-amg-a35-4matic (2)

Sementara itu, cakera bersaiz 330 mm di hadapan dan 350 mm di belakang memastikan A35 mempunyai kuasa membrek yang secukupnya. Ia dipadankan dengan angkup berwarna hitam dengan tulisan ‘AMG’ untuk penampilan yang lebih menonjol.

 

Previous post

Volvo Car Malaysia Kini Tawarkan XC90 T5

Next post

Produk Penjagaan Kereta DIY Dan Kedai Flagship Automotif 3M Malaysia Rasmi Di Lazada

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>