Berita Auto

McLaren P1 Jenson Button Untuk Dijual

Selain dari piala kemenangan Grand Prix, bekas pemandu Formula One, Jenson Button juga mempunyai koleksi kereta yang mengagumkan seperti Bugatti Veyron, Ford GT, Nissan GT-R dan beberapa buah Ferrari seperti F40, 550 dan 275 GT Cabriolet.

BHP

Pemandu kelahiran British itu baru-baru ini mendedahkan menerusi akaun Instagram bahawa beliau ingin menjual salah satu daripada jentera yang berada dalam koleksinya iaitu McLaren P1.

jenson-buttons-mclaren-p1-for-sale (1)

Menurut Button, beliau mengambil keputusan itu kerana tidak mempunyai masa untuk memandu jentera kesayangannya itu. “Ia keputusan yang sukar namun sejak tinggal di Amerika saya tidak berpeluang untuk memandu si cantik ini,” kata Button.

jenson-buttons-mclaren-p1-for-sale (2)

P1 tersebut didatangkan dalam warna Grauschwartz Grey yang dipadankan dengan Stealth Pack dan bahagian dalaman Alcantara berwarna hitam/kelabu oleh McLaren Special Operations (MSO). Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan tambahan seperti cermin sisi gentian karbon, rim tempaan, sistem pemantauan tekanan tayar, brek seramik karbon, sistem audio Meridian dan pelbagai lagi.

jenson-buttons-mclaren-p1-for-sale (3)

Bukan itu sahaja, jentera itu juga mempunyai Track Mode 2 yang membolehkan ia beroperasi dalam Race Mode versi ‘road legal’ untuk penggunaan di jalan raya. Sistem ini dikatakan berharga £20,000 (RM107,840).

jenson-buttons-mclaren-p1-for-sale (4)

Apa yang penting, ia mempunyai jarak perbatuan yang rendah iaitu kira-kira 887 km. Namun untuk memiliki kereta yang pernah menjadi milik bekas juara dunia Grand Prix ini, anda perlu membayar sehingga £1.6 million (RM8.6 juta).

 

 

Previous post

BMW i3 Akan Mempunyai Jarak Sejauh 435 Batu Tidak Lama Lagi

Next post

Ducati Scrambler Icon (2019)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *