Cerita Auto

Komuniti Perodua Sumbang RM1.1 Juta Kepada Tabung Harapan Malaysia

Komuniti Perodua, terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya, telah menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara.

BHP

Pengerusi Perodua YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya hari ini, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan kami berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami ini,” kata Tan Sri Asmat.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30hb Mei 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara, yang melebihi RM1 trilion menurut Kementerian Kewangan.

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu telah menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia setakat akhir bulan Ogos.

“Kami memahami bahawa usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan memakan masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaikpulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara.”

Untuk tahun ini, Perodua telah memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekal-pembekalnya, yang kebanyakkannya adalah syarikat tempatan.

Perodua juga mensasarkan jualan kenderaan sebanyak 209,000 unit tahun ini, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara.

Previous post

Minyak Enjin Shell Helix Tulen Kini Dengan Label 'Untuk Pasaran Malaysia'

Next post

Ducati Malaysia Lancar Tiga Model Berkuasa Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>