Motosikal / Lain Lain Roda

Juruteknik Menang Motosikal Ducati Dalam Peraduan Beli & Menang Shell Advance

Mimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 baharu menjadi miliknya setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini.

BHP

Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 itu terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.

“Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumkan berita baik ini. Saya sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini,” kata Khairil.

Shell Advance is the recommended oil for Ducati

Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih yang dihasilkan daripada gas asli dan membawakan pembersihan yang unggul serta perlindungan dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.

Perkongsian Teknikal Shell dengan Ducati membolehkan perkembangan produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitaran. Ducati bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang keluar dari kilangnya di Bologna, Itali.

Saksikan aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 2 November hingga 4 November 2018.

Previous post

Hibrid Plug-In BMW X5 xDrive45e iPerformance

Next post

Ujian Porsche Cayenne Coupe

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *