Cerita Auto

Harga Volkswagen Lebih Rendah Selepas Cukai SST

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan senarai harga terkini bagi semua model Volkswagen dengan pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

BHP

Kecuali model CBU, harga baharu kereta Volkswagen kini lebih rendah berbanding harga sebelum ini dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%.

Bukan itu sahaja, Skim Perlindungan Harga (PPS) VPCM masih sah untuk semua model Volkswagen yang didaftarkan sebelum 15 November 2018. Sejak skim tersebut diperkenalkan, VPCM telah melihat peningkatkan dalam permintaan untuk kenderaan Volkswagen. Dengan stok yang terhad, syarikat itu turut menggesa pelanggan untuk segera melakukan tempahan.

Berikut adalah perbandingan harga bagi model CKD dan CBU sebelum dan selepas SST:

VW CKD SST PPS

VW CBU SST PPS

Pengarah Urusan VPCM Erik Winter berkata, “Dengan struktur cukai baru, pengurangan harga Volkswagen adalah antara 1.5% (untuk Tiguan Comfortline) hingga 2.6% (untuk Vento Highline) berbanding struktur GST sebelumnya.”

“Bagi perkhidmatan selepas perkhidmatan, harga ditentukan oleh cukai perkhidmatan dan pelanggan boleh memuat turun panduan harga perkhidmatan yang disemak semula di laman web Volkswagen.”

 

 

Previous post

Honda Malaysia Umum Harga Baharu Selepas SST

Next post

Volkswagen Group Merancang Perkongsian Dengan Ford Motor Co

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>