Berita Auto

ETCM Umum Harga Baharu Nissan, Pengurangan Sehingga RM4,500

Selari dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10% cukai jualan.

BHP

Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800, lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Manakala harga Navara kekal pada harga 0% GST sementara stok masih ada. Ia bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk VL Plus (Dwi Kabin) yang dimuatkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM).

Nissan SST price bm

Sementara itu, caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan tersebut.

ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik sehingga RM 8,000 ke atas model-model terpilih Nissan. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain.

?????????????????????????

Previous post

Cabaran Proton 1-Tank Adventure Menerusi Pandangan Jasmine Suraya

Next post

Lakaran Saga Dengan Bahasa Design Baharu Proton Oleh Theophilus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *