Berita Auto

Eksekutif Menangi Kia Picanto Dalam Cabutan Bertuah Malaysia Autoshow 2018

Velu Kumar a/l Suppan, 54, memenangi sebuah Kia Picanto baru setelah muncul sebagai Pemenang Hadiah Utama dalam cabutan bertuah yang diadakan sempena Malaysia Autoshow 2018 yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

BHP

Velu Kumar merupakan antara 215,853 pengunjung yang menghadiri edisi keempat Malaysia Autoshow di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dari 26 hingga 29 April 2018.

“Hadiah Kia Picanto baru ini kena pada masanya kerana kereta yang saya gunakan sekarang adalah kereta lama. Saya tidak sabar untuk menggunakannya untuk berulang ke tempat kerja di Subang Jaya,” katanya.

Mohd Sazali bin Mohamed Amin, Ketua Pegawai Kewangan MAI menyerahkan kunci kereta tersebut kepada Velu Kumar pada majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat MAI di Cyberjaya.

Selain daripada Velu Kumar, 30 orang pembeli kereta pada pameran kereta tersebut turut memenangi baucar minyak bernilai RM1,000 setiap satu.

Previous post

Audi Q3 Mula Dikeluarkan di Hungary

Next post

Harga Kereta Peugeot Lebih Murah Selepas SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *