Cerita Auto

BMW i8 Roadster Masuk Pasaran Malaysia

Sebulan selepas melancarkan i8 Coupe, BMW Malaysia pada hari ini melancarkan pula versi bumbung terbuka yang dikenali sebagai i8 Roadster. Jentera itu diperkenalkan semasa Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, yang juga disertai oleh BMW Malaysia sebagai rakan kongsi E-Mobiliti yang rasmi.

BHP

Dari segi penampilan, i8 Roadster tidak jauh berbeza dengan versi Coupe, kecuali ia mempunyai bumbung ‘soft top’ dan lencana “Roadster” pada tiang C. Ia juga mempunyai pintu ‘gullwing’ tidak berbingkai diperbuat daripada polimer bertetulang gentian karbon CFRP dengan kerangka luaran aluminium.

The First-Ever BMW i8 Roadster (27)

Sebuah mekanisme membolehkan bumbung ‘soft-top’ tersebut dilipat ke dalam bentuk yang kompak dan disimpan dalam posisi serenjang, memberikan ruang simpanan tambahan yang berkeluasan sekitar 100 liter di belakang tempat duduk. Bumbung yang dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya ini dapat dibuka dan ditutup dengan senyap dalam masa 15 saat. Ia boleh diaktifkan semasa kereta ini dipandu dalam kelajuan setinggi 50 km/j.

The First-Ever BMW i8 Roadster (20)

Bahagian kabin dihiasi dengan trim karbon CFRP ‘open-pore’ pada konsol tengah, pemegang pintu dan papan pemuka, sistem pengawal seramik dengan logo i8 yang pada iDrive Controller, serta kemasan seramik pada tuil pemilih gear. Turut dilengkapi adalah paparan ‘Head-up’ yang boleh bertukar kepada paparan sport yang merangkumi rev enjin (rpm), gear, dan lampu penukaran gear apabila gear ditukar secara manual dalam mod Sport.

The First-Ever BMW i8 Roadster (16)

Spesifikasi standard yang lain merangkumi stereng sport kulit dengan butang pelbagai fungsi dan pedal penukar gear, pelaras tempat duduk elektrik, paparan instrumen pelbagai fungsi, Driving Assistant dengan fungsi Surround View serta Navigation System Professional. Menu utama dalam paparan ‘Control Display kini dipersembahkan dalam bentuk ’tile’ yang disusun secara mendatar dengan mod ‘live’.

The First-Ever BMW i8 Roadster (23)

Seperti i8 Coupe, model ini turut menampilkan gabungan enjin 1.5-liter tiga silinder dan motor elektrik yang menjana kuasa keseluruhan 374 hp. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.6 saat (0.2 saat lebih perlahan berbanding i8 Coupe) dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

The First-Ever BMW i8 Roadster (11)

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) i8 Roadster baharu ialah RM1,508,800. Pembeli boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card.
  • Servis Dalam Talian oleh BMW.

 

Previous post

Mercedes-AMG GT 43 Varian 'Entry Level'

Next post

Audi e-Tron Akan Dibina Secara Lestari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>