Berita Auto

Audi Q3 Mula Dikeluarkan di Hungary

Audi telah memulakan pengeluaran bagi model Q3 generasi kedua di kilangnya di Gyor, Hungary. Unit pertama yang siap dipasang ini didatangkan dalam warna Turbo Blue.

BHP

Q3 baharu ditawarkan dengan empat pilihan enjin: tiga enjin petrol dan satu diesel dengan gabungan pacuan roda hadapan atau quattro.

Audi Q3 hungary1

Untuk pengeluaran model terbaru ini, Audi membina sebuah kilang pemasangan badan berukuran 80,000 kaki persegi dengan 700 robot baharu. Ia dibina dalam jangka masa yang pendek iaitu setahun setengah.

Audi Q3 hungary2

Q3 merupakan model kelima yang dikeluarkan di Gyor, selepas A3 Sedan dan Cabriolet serta TT Coupe dan Roadster. Kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 160,000 unit setahun, dengan 12,500 kakitangan yang mana 4,500 daripadanya bekerja dalam sektor pengeluaran kereta.

 

Previous post

Mercedes-Benz GLE 2019

Next post

Eksekutif Menangi Kia Picanto Dalam Cabutan Bertuah Malaysia Autoshow 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *