Sukan

Aidil Juara Pertama Mini Cub Prix KBS

Pelumba cilik dari Selangor, Mohamad Aidil Mohd Ayub muncul juara pertama siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS dengan mendominasi kedua-dua perlumbaan akhir kategori Junior pada saingan pusingan pertama yang berakhir di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam.

BHP

Mohamad Aidil, 12 tahun mempamerkan aksi cemerlang apabila menamatkan 14 pusingan Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 9’37.365s manakala 9’38.370s dalam Perlumbaan 2 secara bersendirian tanpa diberi tentangan sengit pelumba-pelumba lain.

Muhammad Farish Iqmal Khayrul Elyas muncul naib juara Perlumbaan 1 dengan masa 9:49.122s diikuti Nabil Abdul Rahman dengan masa 9:49.263s manakala Muhammad Alif Izwan Samsul Fakry muncul naib juara Perlumbaan 2 dengan masa 9:46.219s sambil Muhammad Farish Iqmal sekali lagi meraih podium dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 9:52.968s.

Aidil in action

“Saya gembira dengan kemenangan ini setelah menjalani banyak latihan sebagai persediaan untuk perlumbaan minggu ini,” jelas Aidil.

Pada masa sama pelumba itu berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada perlumbaan akan datang bagi merealisasikan hasratnya untuk beraksi secara profesional dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019.

rider Mini Cub Prix KBS JUnior in action

Perlumbaan Mini Cub Prix KBS merupakan antara program pembangunan sukan permotoran yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kejuaraan Cub Prix Malaysia dimana pelumba-pelumba akan bersaing untuk merebut hadiah berupa biasiswa dan slot automatik dalam perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha pada musim 2019.

Selain kategori Mini Cub Prix KBS Junior, tiga kategori sampingan turut berlangsung iaitu kategori Kidz ( 6 – 9 tahun), kategori Kadet (10 – 11 tahun) dan kategori terbuka ( 6 – 12 tahun).

all winner

Pusingan kedua Mini Cub Prix KBS akan berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

Previous post

Ini BUKAN Proton Perdana Yang Akan Datang! Ini Gambar Berangan!

Next post

Mercedes-AMG GT 43 Varian 'Entry Level'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *