Berita Auto

Acura Panggil Semula 1,760 Unit NSX di Amerika Syarikat

Acura telah mengumumkan panggilan melibatkan model NSX di Amerika Syarikat ekoran dua isu berasingan iaitu tangki bahan api dan lampu brek ketiga. Setakat ini tiada kemalangan atau kecedaraan dilaporkan akibat masalah teknikal tersebut.

BHP

Pemilik NSX yang terlibat akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon atau surat pemberitahuan bermula November tahun ini.

Syarikat itu akan memanggil semula 967 unit NSX (model 2017-2018) untuk menggantikan tangki bahan api kiri dan kanan. Menurut Acura, paip crossover yang menghubungkan kedua-dua tangki tersebut tidak dipasang secara betul. Ini boleh menyebabkan berlakunya kebocoran sekaligus meningkatkan risiko kebakaran.

Sementara itu, 793 unit NSX model 2017 terjejas dengan masalah litar pintas pada lampu brek ketiga. Jika ia berlaku, fius akan meletup dan menyebabkan keseluruhan lampu brek gagal berfungsi. Seperti kebanyakan kempen panggilan semula, bahagian yang terjejas secara percuma akan digantikan secara percuma.

Previous post

Penjelasan Terperinci Sistem Demerit JPJ

Next post

Pusat 3S Baharu Proton Dibuka di Sungai Dua, Butterworth

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *