Mod

86 Ditala TRD Adalah Edisi Terakhir Buat Masa Sekarang

Toyota telah memperkenalkan model “Ultimate Performance” baru untuk tahun 2019. Toyota 86 TRD Special Edition menampilkan brek Brembo, damper SACHS, kit badan Toyota Racing Development, tayar Michelin khas, dan ekzos talaan-TRD.

Kebanyakkan elemen yang terdapat pada Edisi Khas 2019 Toyota 86 TRD adalah serupa dengan yang terdapat pada edisi BRZ tS Subaru yang diperkenalkan pada tahun ini.

86 dan BRZ adalah kereta sukan kerjasama yang direka oleh Toyota dan Subaru sebagai mesin pemurni.

Edisi Khas 86 TRD Toyota masih dengan enjin gaya-boxer 2.0 liter, menghasilkan 200 atau 205 kuasa kuda (bergantung kepada pilihan transmisi) dan reka bentuk berorientasikan-pemandu 86 yang dikenali.

Tambahan Edisi Khas TRD termasuk beberapa peningkatan yang dilaporkan akan membawa prestasi kereta sukan pemacu belakang yang berpusat-pemandu ke tahap prestasi yang baru.

Eksklusif kepada Edisi Khas TRD adalah roda aloi 18 x 7.5 inci dan tayar Michelin Pilot Sport 4, bersama-sama dengan perubahan badan yang dibuat khas untuk kenderaan ini.

Perubahan pada bumper depan, ambang sisi, bumper belakang dan penyebar, dan spoiler yang diubahsuai.

Tip ekzos keluli tahan karat TRD. Cat Raven dan grafik TRD tri-warna.

Pengeluaran Edisi Khas Toyota 86 TRD 2019  akan dihadkan kepada 1,418 unit.

Previous post

Proton Mulakan Siri Pra-Tonton X70

Next post

Audi A6 Dapat Rating Euro NCAP 5 Bintang

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>