Berita Auto

Volvo XC40 Kini Dengan Enjin Petrol Tiga Silinder

Volvo telah memperkenalkan enjin petrol tiga silinder pertamanya yang akan ditawarkan dengan model XC40. Dikenali sebagai varian T3, enjin bersesaran 1.5-liter itu menghasilkan 156 hp pada 5,000 rpm dan 265 Nm dari 1,850 hingga 3,850 rpm.

BHP

Menurut pengeluar dari Sweden itu, walaupun kecil, enjin tersebut mampu menggerakkan XC40 dari 0 hingga 100 km/j dalam 9.4 saat dan ia juga boleh menampung kapasiti menunda sehingga 1.6 tan dengan treler. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan namun ia juga boleh didapati dalam versi automatik lapan kelajuan tidak lama lagi.

Barisan model XC40 turut berkembang dengan tambahan varian 2.0-liter empat silinder petrol T4 dan diesel D3. Varian T4 (190 hp) didatangkan dengan pacuan semua roda dan transmisi automatik, manakala varian D3 (150 hp) boleh didapati dengan transmisi manual atau automatik, dengan pilihan pacuan roda hadapan atau semua roda bagi versi automatik. SUV kompak ini juga ditawarkan dalam varian petrol T5 (247 hp) dan diesel D4 (190 hp).

??????????????????????????????????????

Volvo turut memperkenalkan gred kelengkapan bagi XC40 iaitu Momentum, R-Design dan Inscription. Momentum menampilkan skrin 9 inci, lampu LED automatik dengan ciri Active High Beam, rim aloi 18 inci dan sistem pendingin hawa dua zon, manakala R-Design menampilkan rekaan lebih agresif dengan kemasan hitam pada beberapa bahagian, muncung ekzos berkembar serta rim aloi dalam warna hitam matte.

Selain bahagian dalaman yang lebih sporty, R-Design juga didatangkan dengan suspensi lebih keras dan palang ‘anti-roll’ yang lebih tebal. Sebagai gred tertinggi, Inscription menampilkan kemasan kayu Driftwood, upholsteri kulit dan tailgate berkuasa.

?????????????????????????

Setiap gred boleh dinaik taraf kepada versi Pro yang memberikan kelengkapan tambahan seperti pemanas tempat duduk depan, rim lebih besar, lampu utama aktif, lampu kabus LED dengan fungsi membelok dan pemanas penghadang angin depan.

Previous post

Volkswagen Panggil Balik Tiguan & Touran Untuk Mengelakkan Kebakaran

Next post

Mencari Kakitangan Selepas Jualan Yang Pantas dan Cekap

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *