Berita Auto

UMW Toyota Motor Umum Pembabitan Dalam eSports

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan elektronik (Esports), sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.

BHP

Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia. Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Mereka yang berminat boleh menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.

Peserta akan bersaing sesama sendiri menerusi permainan Gran Turismo Sport, di mana mereka akan berlumba dengan jentera Toyota Supra GR Concept di litar Suzuka. UMW Toyota Motor menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000, termasuk RM20,000 untuk juara, RM10,000 untuk pemenang tempat kedua dan RM5,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“ yang bakal disertai oleh selebriti- selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR).

“Selaras dengan perkembangan industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda. Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri kejohanan ini,” kata Ravindran K., Presiden UMWT.

Previous post

Hyundai Elantra Facelift Lebih Menarik Perhatian

Next post

Ini Bukan Sekadar Kereta Keluarga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *