Bisnes

Toyota Dan Isuzu Setuju Mansuhkan Ikatan Permodalan

Toyota Motor Corporation dan Isuzu Motors Limited bersetuju minggu ini untuk membubarkan perhubungan modal mereka, dengan Toyota merancang untuk menjual keseluruhan sahamnya dalam Isuzu pada masa akan datang. Kedua-dua syarikat itu berhasrat untuk mengekalkan hubungan kukuh mereka, melalui projek pembangunan bersama yang berterusan yang berkaitan dengan teknologi asas dan sebagainya, dan akan tetap terbuka kepada kemungkinan kerjasama masa depan.

Bulan November tahun 2006 yang dulu, Isuzu dan Toyota menandatangani perjanjian asas untuk menggunakan sumber operasi masing-masing dalam bidang pembangunan dan pengeluaran yang memberi tumpuan kepada enjin diesel, untuk menyediakan bantuan teknikal bersama dan mewujudkan rangka kerja yang mampu memanfaatkan kesan sinergi dan untuk mengkaji kemungkinan projek kerjasama. Pada masa yang sama, Toyota juga bersetuju untuk memperoleh kepentingan dalam Isuzu.

Sejurus itu, dengan perubahan dalam persekitaran pasaran yang mendorong syarikat-syarikat untuk menangguhkan beberapa projek awal, dan kemajuan yang sedikit dicapai dalam usaha kerjasama yang lain, Toyota dan Isuzu telah bersetuju untuk meneliti semula hubungan permodalan mereka berdasarkan keadaan perniagaan semasa.

Oleh kerana industri automotif menghadapi perubahan sekali seabad,  Isuzu dan Toyota berhasrat mempercepat usaha mereka untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran kenderaan dan penumpang.

 

Previous post

Ini Mustang Edisi Warisan Hennessey Dengan 918Nm Tork

Next post

Pengeluaran Facelift Mercedes-Benz C-Class Bermula Di Jerman

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>