Berita Auto

Touch ‘n Go Hentikan Jualan SmartTAG Sebagai Persediaan Pelaksanaan RFID

Touch ‘n Go kini sedang dalam persediaan untuk melancarkan teknologi RFID (Radio Frequency IDentification) kepada pengguna lebuh raya. Keputusan ini dibuat berikutan ujian yang dijalankan ke atas sistem RFID sepanjang tahun lalu oleh Touch ‘n Go dan pemegang-pemegang konsesi lebuhraya, di bawah pengawasan pihak berkuasa.

BHP

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa bermula September 2018, ia akan menjalankan fasa percubaan lanjutan bagi orang awam yang berminat untuk menggunakan RFID. Hasil dari ujian perintis ini akan membantu pihak Touch ‘n Go melaksanakan sebarang pembaikan terhadap teknologi tersebut sebelum ia dilancarkan di semua lebuh raya di Malaysia pada Januari 2019. Mereka yang berminat perlu mendaftar di www.touchngo.com.my.

Selaras dengan rancangan untuk mengkomersialkan RFID, pihak Touch ‘n Go tidak akan lagi menjual peranti SmartTAG berkuat kuasa 8 Ogos 2018. Bagaimanapun, peranti SmartTAG yang ada masih boleh digunakan di semua lebuh raya. Di samping itu, pengguna lebuh raya boleh terus menggunakan kad Touch ‘n Go dan MyKad untuk pembayaran tol seperti biasa.

SmartTAG

RFID adalah teknologi yang digunakan dalam sistem pembayaran tol elektrik dan telah digunakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan. Ia menggunakan cip frekuensi radio yang tertanam pada pelekat yang dipasang pada kenderaan. Pelekat yang unik untuk setiap kenderaan itu dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet, membolehkan pengguna memantau baki mereka dan mengakses pilihan tambah nilai dalam talian menerusi perbankan dalam talian dan kad debit/kredit. Pengguna juga boleh menambah nilai secara luar talian menerusi nombor pin. Pelekat RFID akan menggantikan peranti SmartTAG yang sedia ada.

Berikut adalah senarai lebuh raya di Lembah Klang yang mempunyai lorong RFID:

  • Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP)
  • Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
  • Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  • Maju Expressway (MEX)
  • Duta – Ulu Klang Expressway (DUKE)
  • Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Besraya Expressway (BESRAYA)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
  • Ampang – Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Guthrie Corridor Expressway (GUTHRIE)
Previous post

Honda Civic Diesel Dapat 9-Kelajuan

Next post

Mazda CX-3 2018 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *