Berita Auto

TCEAS Juarai Pertandingan NICAS

Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) yang diadakan di Thailand.

BHP

Ernest Chong Ruichen dari Pusat 3S Nissan Kuching yang memenangi Pertandingan NISAC Kebangsaan yang diadakan pada April 2018, telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat serantau. Menjadi peserta paling muda, Ernest Chong mengungguli pertandingan Penasihat Servis, sekali gus mengalahkan ramai peserta lain yang lebih berpengalaman dari Hong Kong, Singapura, Republik Korea, Filipina, Brunei dan Sri Lanka. Beliau dipilih atas kemahiran insaniah yang luar biasa, selain standard pengenalian Jualan dan Cara Servis Nissan (NSSW) serta pemikiran yang berpaksikan kepada pelanggan.

03 NISAC_Mr Ernest Chong_Asia Regional Contest

NISAC merupakan satu pertandingan peringkat serantau yang dianjurkan oleh Nissan Motor Co Ltd. dengan matlamat untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada penasihat servis daripada divisyen Selepas Jualan dan Servis yang mempunyai kemahiran terbaik. Pertandingan ini menilai pelbagai aspek termasuklah teknik mengalu-alukan pelanggan, keseriusan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, ketelusan yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan serta penjelasan jujur agar pelanggan faham sepenuhnya.

04 NISAC_Mr Ernest Chong_Asia Regional Contest

“Kami amat bangga atas pencapaian Ernest Chong yang dinobatkan sebagai juara NISAC. Menjadi pemenang paling muda, beliau akan menjadi model contoh dalam menetapkan standard kualiti servis kepada penasihat servis Nissan yang lain di Malaysia. Kami akan terus menambah baik kemahiran dan keupayaan pakar servis dan menyediakan pelanggan dengan sokongan selepas jualan serta servis yang konsisten,” kata Ketua Selepas Jualan TCEAS, Michael Yao Tsu-Wei.

Previous post

Laluan Sukar Uji Peserta Proton 1-Tank Adventure Pusingan Timur Malaysia

Next post

Lebih 3,000 Peserta Kunjungi Stor Pop-Up Ford Yang Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *