Cerita Auto

Renault Twizy Untuk Ibu

TCEC, pemegang francais tunggal untuk kenderaan Renault di Malaysia, baru-baru ini menyerahkan sebuah kereta elektrik Renault Twizy kepada pemenang hadiah utama bagi peraduan Beli & Menang Renault.

Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di bilik pameran Renault Petaling Jaya, Lam Ming Wei, 26, dari Johor berkongsi bahawa dia akan menyerahkan Twizy tersebut kepada ibunya untuk ulang alik ke tempat kerja.

“Ini adalah kemenangan yang tidak dijangka dan saya sangat bernasib baik kerana saya fikir peluang saya tipis. Twizy akan menjadi ideal untuk ibu saya kerana tempat kerjanya tidak jauh dari rumah,” kata Lam, yang menang dengan pembelian Renault Captur.

BHP

Sementara itu, tiga pemenang lain dari cabutan akhir pertandingan tersebut membawa balik baucar percutian bernilai RM1,500 setiap satu. Mereka adalah Nur Izzati binti Rozali, 24, dari Bangi, Chang Jun Wei, 26, dari Ampang dan S. Suraindiran a/l Sathiamurthy, 50, dari Puchong.

“Kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi kami dan kempen seperti pertandingan Bbeli & Menang Renault adalah salah satu daripada pelbagai cara kami menunjukkan penghargaan atas sokongan mereka,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn Bhd.

Peraduan Beli & Menang Renault diadakan dari 1 Januari hingga 30 June 2018. Semasa kempen tersebut, pelanggan yang membeli mana-mana model Renault layak secara automatik untuk memenangi hadiah utama dan hadiah percutian. Pemenang bagi hadiah percutian dicabut setiap dua bulan (tiga pemenang masing-masing dari Januari hingga Februari, Mac hingga April dan Mei hingga Jun).

Holiday Prize Winner 1_Renault Buy & Win Final Round

Holiday Prize Winner 2_Renault Buy & Win Final Round

Holiday Prize Winner 3_Renault Buy & Win Final Round

 

Previous post

Bye Bye Alfa Mito

Next post

Pengeluaran Perodua Myvi Terganggu Akibat Masalah Bekalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *