Sukan

Ramdan Fokus Perlumbaan di Teluk Intan

Mohd Ramdan Mohd Rosli akui sudah bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan lepas dengan meletakkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan di atas podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, 1 dan 2 September ini.

BHP

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu terlepas aksi pusingan keempat di Temerloh apabila terpaksa menarik diri setelah bapanya terlibat dengan kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan sekaligus menyebabkannya kehilangan banyak mata kejuaraan.

Selepas empat pusingan, pelumba kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan 22 mata.

SH5_5378

“Antara keluarga dan perlumbaan ketika itu, saya membuat keputusan untuk menjaga bapa yang terpaksa menjalani pembedahan di hospital akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kehilangan banyak mata kejuaraan, namun saya tidak terlalu memikirkannya, sebaliknya hanya mahu menumpukan kepada perlumbaan berbanding kedudukan keseluruhan,” jelas pemenang tempat ketiga keseluruhan CP150 musim 2017 itu.

Tambahnya, “Perlumbaan di Teluk Intan minggu ini sangat penting kepada saya. Saya masih belum menaiki podium pada tahun ini dan pada masa sama, rekod saya di litar itu juga tidak begitu baik. Musim lepas saya hanya tamat di kedudukan ke-11 berjaya mendahului perlumbaan sebelum terjatuh.”

Previous post

Honda Vario 150 Kini di Malaysia - Harga Dari RM7,199

Next post

Kereta Pameran Renault ARKANA Terungkap Di Moscow

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *