Berita Auto

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Seksyen 13, Petaling Jaya

Regal Motors Holdings Sdn Bhd telah melancarkan pusat 3S Proton miliknya yang kini terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Sebelum ini terletak di Jalan Klang Lama, pusat 3S berkeluasan 1.2 ekar itu dipindahkan ke kawasan yang lebih strategik bagi menyediakan kemudahan pelanggan yang lebih baik.

BHP

Pelanggan yang datang ke sini boleh bersantai dan menikmati minuman sambil menunggu kereta mereka siap diservis. Selain dari ruang bermain kanak-kanak, kemudahan lain yang disediakan termasuklah Wifi percuma dan ruang mengecas laptop.

Car service area 1

Pusat ini dilengkapi dengan 12 ruang servis dan enam servis pengangkat. Sekiranya terdapat banyak permintaan, ianya turut dapat menempatkan tambahan enam lagi servis pengangkat.

Customer lounge area (1)

Setakat ini, terdapat 13 penasihat jualan dan 11 kakitangan servis, termasuklah seorang Pengurus Servis, dua penasihat servis, seorang Eksekutif Perhubungan Pelanggan, enam juruteknik dan seorang pengawal operasi.

coffee area

Selain itu, perniagaan sedia ada yang terletak di Jalan PJS 7/23, Bandar Sunway, akan diteruskan operasinya di bangunan persendirian sebagai pusat ketuk dan cat.

Kids play room

Philip How, Pengarah Urusan Regal Motors Holdings berkata, “Secara keseluruhan, kami menjangkakan kenaikan sedikit demi sedikit sebanyak 30-40% bagi jualan terutama dengan kemasukan SUV ke pasaran akan datang. Bagi pengeluaran servis pula, kami menjangkakan kenaikan sebanyak 60-70% berikutan dengan lokasi dan kesenangan pelanggan.”

 

Previous post

Aston Martin Vantage Kini di Pasaran Malaysia

Next post

Prototaip Semua-Elektrik Infiniti 10 Memperkenalkan Masa Depan Kereta Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *