Berita Auto

Pusat 3S Haval Dibuka di Bangi

Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia bersama-sama dengan Wan Auto Car Wheels Sdn Bhd telah melancarkan premis terbaru jenama itu di Bandar Baru Bangi, Selangor.

BHP

Pusat pengedar yang terletak di kawasan perindustrian dan komersil di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi itu merupakan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti). Ia dibuka dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan Haval di sekitar Bangi dan Kajang.

Majlis pelancaran dihadiri oleh pengarah eksekutif Kumpulan Go Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal. Beliau berkata,”Kami gembira dapat mengembangkan keluarga Haval dan pusat pengedar baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan bilik pameran 27 buah di seluruh negara. Kami berhasrat untuk mempunyai 35 wakil pengedar di seluruh negara menjelang 2019.”

“Model sedia ada kami iaitu H1 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tujuh tahun tanpa had perbatuan, manakala H2 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km. Dari esok hingga Ahad, Kempen Reimagine kami akan mengadakan siri jelajah di The Curve, dan saya mengalu-alukan pelanggan untuk datang dan nikmati tawaran ‘Freedom from GST’ sehingga hujung bulan ini,” tambah Dato’ Azli.

Haval Malaysia sedang mengadakan promosi Merdeka ‘Freedom from GST’ yang menawarkan penjimatan sehingga RM6,600 untuk model H1 dan RM7,300 untuk H2.

Previous post

Fazli Sasar Layak ke Superpole

Next post

Honda HR-V (2019) Lebih Senyap Dengan Ciri 'Active Noise Cancellation'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *