Bisnes

PROTON & Geely Menandatangani Perjanjian Kerjasama Membuka Fasiliti di China

PROTON Holdings Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group hari ini telah menandatangani persetujuan bagi memulakan kerjasama yang membolehkan PROTON membuat dan memasarkan kereta-keretanya di China. Kedua-dua syarikat memegang ekuiti sama melalui sebuah syarikat kerjasama yang belum diberi nama (JVC).

Dalam satu pengumumannya hari ini, DRB-HICOM Berhad berkata usaha sama ini termasuklah pembukaan fasiliti pengeluaran di China yang akan menghasilkan kereta-kereta serta perkembangan rangkaian pengedar untuk memasarkan kereta Proton di China.

Portfolio kereta-kereta untuk pasaran China adalah berdasarkan platform sedia ada Geely, walaupun rekaan luaran kenderaan itu akan diusahakan oleh PROTON sendiri. Akan tetapi, penjanjian yang dimeterai turut melibatkan platform sedia ada PROTON sekiranya bersesuaian untuk dibangunkan menjadi model-model bagi pasaran China.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, penglibatan Geely sebagai rakan strategik PROTON telah membuka jalan yang mudah bagi Syarikat itu untuk memasuki pasaran China yang akan mendatangkan keuntungan.

“Secara jelasnya dengan kedatangan Geely, peluang PROTON untuk ke China kini lebih terbuka. Antara peranan Geely adalah untuk memastikan jaminan lesen-lesen perkilangan dan kelulusan kawal selia yang diperlukan bagi usaha sama tersebut berada di bawah peraturan yang ditetapkan oleh China. Geely juga akan mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan perkilangan tersebut,” ujar Syed Faisal.

Beliau turut menambah bahawa pembekal-pembekal komponen PROTON yang mempunyai kualiti dan berdaya saing juga akan dipertimbangkan untuk menjadi pembekal syarikat usaha sama tersebut. Ini seharusnya seiring dengan saranan kerajaan Malaysia yang mahukan pembuat komponen untuk masuk ke pasaran China.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan sebelum ini kekurangan kereta keluaran Malaysia dieksport ke pasaran-pasaran serantau, tidak seperti jenama-jenama seperti Jepun, Korea dan China yang memasuki pasaran Malaysia.

Jualan kenderaan penumpang China telah meningkat secara mendadak sejak 10 tahun yang lalu. Pada 2008, sebanyak 6.78 juta kereta penumpang telah terjual di China, tetapi, jualan telah meningkat sehingga 24 juta pada 2017. Geely merupakan penyumbang utama, yang turut menjadi syarikat pengeluaran kereta sendirian pertama yang menjual lebih 1 juta unit kereta secara domestik dalam tempoh setahun. Pada 2017, Geely menjual lebih daripada 1.24 juta kereta, memperoleh pegangan pasaran 5.06%. Pada separuh tahun pertama 2018, Geely menjual anggaran lebih 125,000 unit keretanya sebulan, dengan jualan model SUV Boyue melebihi 20,000 unit setiap bulan kecuali pada Januari di mana sebanyak 30,000 unit terjual. Model SUV yang telah ditambahbaik dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada akhir 2018 dikenali sebagai SUV pertama PROTON.

Kedua-dua syarikat menjangkakan untuk memulakan usaha sama ini pada tahun pertama 2019, sekiranya berjaya memperoleh kelulusan kawal selia.

Photo 1 Photo 2 Photo 3

Previous post

Pemandu Bas Langgar Beberapa Kereta Lain Ketika Melarikan Diri

Next post

Subaru Forester e-Boxer Mungkin Datang Ke ASEAN

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *