Berita Auto

Proton Edar Chan Sow Lin Kini Dengan Penampilan Segar

Pusat 4S Proton cawangan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dipertingkatkan dengan penampilan terkini, selari dengan perancangan syarikat itu untuk mempamerkan cawangan yang baharu dan segar. Ia merupakan cawangan milik Proton Edar pertama yang diubah suai sepenuhnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Meliputi kawasan seluas 14,875 kaki persegi, cawangan ini menawarkan kemudahan 4S termasuk jualan, servis, alat ganti serta perkhidmatan ketuk dan cat. Ia dibuka selama 7 hari seminggu, dan dikendalikan oleh kakitangan jualan dan servis yang berpengalaman.

Showroom

Menampilkan skema warna biru muda yang lebih ceria, ia turut dihiasi dengan lukisan grafik di dinding bagi melahirkan suasana yang lebih moden. Ruang istirahat pelanggan turut diperluaskan manakala ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka bermain di ruangan kanak-kanak yang disediakan sementara menunggu kereta mereka diservis.

Customer lounge area

Menurut Proton, penaiktarafan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jualan dan servis sebanyak 30%. Sehingga 31 Julai 2018, sebanyak 93 cawangan Proton telah bersedia untuk dinaiktaraf kepada 3S dan 4S, mewakili 85% berbanding sasaran 109 cawangan menjelang akhir Oktober 2018.

Car service area (2)

Cawangan ini masih terletak di lokasi yang sama iaitu Jalan Chan Sow Lin, No.188, Jalan Sungai Besi, 57100, Kuala Lumpur.

 

Previous post

Penambahbaikan Cawangan PROTON Berterusan Seperti Yang Dirancang

Next post

Keputusan Jualan Lexus Worldwide 1H 2018 Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *