Bisnes

Penambahbaikan Cawangan PROTON Berterusan Seperti Yang Dirancang

Vantage Speed Sdn Bhd (“Vantage Speed”) secara rasminya telah merasmikan pembukaan cawangan 4Snya hari ini. Majlis dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PROTON.

BHP

Vantage Speed telah beroperasi sebagai pengedar PROTON sejak 2009 dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan. Walau bagaimanapun, demi memenuhi keperluan dari PROTON yang bertujuan untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, pemegang saham Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaannya itu sebagai sebuah pusat 4S. Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu. Bagi cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.

Photo 1

Cawangan ini yang terletak di kawasan perindustrian, di sepanjang jalan utama kedua di bandar, turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan. Dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran. Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka.

Photo 2

Sehingga 31 Julai 2018, PROTON telah meluluskan sebanyak 93 cawangan untuk menaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini merupakan pencapaian 85% berbanding sasaran untuk menaiktaraf sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.

Car service area 2

Bagi minggu ini sahaja, Syarikat telah menyaksikan dua daripada cawangannya, Chan Sow Lin dan Puchong dinaik taraf dengan penampilan yang lebih segar selaras dengan pelan perniagaan PROTON untuk mengubah semua rangkaian cawangannya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Chan Sow Lin merupakan cawangan 4S PROTON, sementara Puchong adalah cawangan bertaraf 1S.

Kids_ area

Previous post

MPSJ Akan Saman Jika Motosikal Dipakir Luar Dari Tempat Letak Motosikal Yang Disediakan

Next post

Proton Edar Chan Sow Lin Kini Dengan Penampilan Segar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *