Motosikal / Lain Lain Roda

Pemuda Keliling Dunia Dengan Ducati Scrambler

Pada usia 22 tahun, Henry Crew kini dalam usaha untuk menetapkan Rekod Dunia Guinness sebagai orang paling muda mengelilingi dunia dengan menaiki motosikal. Pemuda dari London itu memilih Ducati Scrambler untuk ekspedisinya yang meliputi 35 negara dengan jarak keseluruhan melebihi 56,000 km.

BHP

Henry memulakan perjalanannya pada 3 April lalu dan setakat ini telah merentasi 17 negara termasuk Perancis, Switzerland, Itali, Rusia, Kazakhstan, Myanmar, India, Thailand dan Malaysia. Beliau akan meneruskan perjalanannya ke Australia, sebelum merentas ke benua Afrika dan Amerika dan seterusnya pulang ke destinasi terakhir iaitu England.

Henry_KLCC

Selain mengelilingi dunia, pengembara muda ini juga sempat mengumpul dana untuk Yayasan Movember, sebuah organisasi amal global yang menangani masalah kesihatan yang dihidapi lelaki termasuk kanser prostat, kanser testis, kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Henry_SCR1100 travel3

Sejak 2014, Henry telah berjaya meraih kutipan berjumlah £4,300 (RM23,000) untuk yayasan tersebut, termasuk £2,430 (RM13,000) yang diraih sepanjang ekspedisi ini.

Henry_SCR1100 travel11

Semasa beliau berada di Malaysia, pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di negara ini iaitu Next Bike Sdn Bhd telah melakukan servis dan pemeriksaan terhadap motosikalnya bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Syarikat itu juga membantu Henry merancang perjalanannya dari Pulau Pinang ke Ipoh dan Cameron Highlands, sebelum ke Tanjung Piai, Johor dan menghala utara menuju ke Kuala Lumpur.

 

Previous post

#Live2Drive Lengkapkan Cabaran Rentasi 2 Benua Dengan Tayar Continental

Next post

Perodua Tawar Rebat Tunai Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Gangguan Pengeluaran Myvi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *