Berita Auto

Pemandu Bas Langgar Beberapa Kereta Lain Ketika Melarikan Diri

Seorang pemandu bas awam semalam cuba melarikan diri daripada beberapa orang yang marah kerana pemandu bas itu melarikan diri dari kemalangan yang berlaku sebelum kejar mengejar itu.

Pemandu bas itu melanggar beberapa buah kereta dan penunggang motosikal apabila dia cuba melarikan diri selepas terlanggar gerai dan keluarga pengendali gerai itu ketika cuba melalui selekoh yang ketat.

Pemandu itu berusaha sedaya upayanya untuk melarikan diri tetapi terhenti selepas melanggar sebuah kereta dengan teruk. Pemandu itu sempat berlari seketika sebelum ditangkap oleh penunggang motosikal yang mengejarnya.

Pemandu itu kini berada di Hospital Ampang.

Previous post

SUV Proton 'Boyue' Akan Berharga Antara RM98,000 Hingga RM115,000

Next post

PROTON & Geely Menandatangani Perjanjian Kerjasama Membuka Fasiliti di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *