Berita Auto

Mencari Kakitangan Selepas Jualan Yang Pantas dan Cekap

Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 menjadi platform rangkaian kepada semua kakitangan selepas jualan di seluruh negara bagi bertukar ilmu dan idea berkaitan kepakaran bidang masing-masing.

BHP

Pusingan pra kelayakan telah diadakan di lima wilayah bermula dari 20 Julai yang lalu. Tiga peserta teratas bagi peringkat wilayah akan bertanding ke peringkat akhir yang akan diadakan di Pusat Latihan dan Kemahiran Lanjutan Pengajar (CIAST), Shah Alam pada 27 – 30 September. Enam peserta terbaik akan memenangi hadiah wang tunai dan lawatan ke Shanghai, China di mana mereka akan melawat ke Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely.

Semasa Pertandingan selama dua hari itu berlangsung, para peserta diuji dengan keupayaan teori dan praktikal melalui tugas membaik pulih enjin di mana mereka dikehendaki untuk membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam tempoh masa 3 jam. Mereka dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan menyelesaikan masalah sepanjang proses tersebut.

Photo 3

Azharuddin Abdullah, Pengarah Pengurusan Selepas Jualan Proton.“Pertandingan ini menggalakkan juruteknik kami untuk menjadi lebih berdaya saing, di samping membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran. Pada akhirnya, ini akan menambahbaik kualiti servis selepas jualan dan membawanya ke peringkat yang bertaraf global,”

Previous post

Volvo XC40 Kini Dengan Enjin Petrol Tiga Silinder

Next post

Ford Ranger Raptor Masuk Pasaran Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *