Berita Auto

Mazda6 2018 Masuk Pasaran Malaysia

Selain daripada CX-3 facelift, Bermaz Motor turut sempat melancarkan barisan model Mazda6 2018. Ia merangkumi varian 2.0L, 2.5L dan 2.2L diesel, dengan pilihan Sedan atau Touring.

BHP

Mazda6 hadir lebih menarik dengan perubahan luaran yang signifikan termasuk jeriji hadapan, lampu LED dan rim baharu. Bamparnya juga telah direka semula bersama corong udara untuk menambah baik prestasi aerodinamik dengan menyalurkan udara ke bahagian hadapan tayar. Bahagian belakang pula tampil dengan kemasan krom baharu, rekaan lampu baharu dan corong ekzos yang diletakkan hampir dengan bucu kereta.

2018 Mazda6

Di dalam, papan pemuka dilebarkan manakala paparan infotainmen Mazda Connect dibesarkan menjadi lapan inci dan diletakkan lebih tinggi untuk mengurangkan sudut penglihatan dan memberi pandangan lebih jelas. Ia juga mempunyai Paparan Pemandu Aktif warna dan tempat duduk hadapan yang lebih lebar. Poin mengecas USB disediakan pada perehat tangan belakang, selain di tempat meletak botol minuman.

2018 Mazda6

Aspek dinamik kenderaan terus dipertingkatkan dengan suspensi yang direka semula dan casis lebih kukuh. Begitu juga dengan NVH yang ditambah baik dengan panel pintu, kaca luaran, kemasan bumbung dan kedap pintu yang lebih tebal. Mazda turut memasang View Monitor ke dalam model ini. Ciri itu memaparkan setiap sudut kenderaan ketika memarkir dan mengundur menerusi penggunaan empat unit kamera.

2018 Mazda6

Kini dilengkapi dengan rangkaian teknologi keselamatan i-ActiveSense yang lebih luas, Mazda6 turut dilengkapi dengan sistem Driving Attention Alert (DAA) yang “belajar” tentang tingkah laku pemandu pada kelajuan 65 km/j ke atas dan akan memberi amaran sekiranya corak pemanduan yang tidak normal dikesan.

2018 Mazda6

Smart City Brake Support Rear (SCBS R) pula membantu menghalang pelanggaran pada kelajuan rendah apabila pemandu mengundurkan kenderaan.

2018 Mazda6

Semua varian dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive enam kelajuan dengan penukaran gear secara manual, mod Sport serta teknologi G-Vectoring Control (GVC). Enjin 2.0L dan 2.2L hanya ditawarkan pada varian Sedan, manakala enjin 2.5L hadir dalam varian Sedan dan Touring.

2018 Mazda6Ada tujuh pilihan warna iaitu Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Jet Black, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal, Machine Gray dan Titanium Flash. Harga jualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Previous post

Mazda CX-3 2018 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Next post

Isuzu Malaysia Lantik Ketua Pegawai Operasi Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *