Cerita Auto

#Live2Drive Lengkapkan Cabaran Rentasi 2 Benua Dengan Tayar Continental

Pasukan #Live2Drive yang terdiri daripada golongan profesional tempatan selamat kembali ke tanah air selepas memandu kenderaan Volkswagen klasik mereka sejauh lebih 52,000 km dari Malaysia ke Eropah.

BHP

Pasukan tersebut memandu tiga buah Volkswagen Kombi dan sebuah Beetle (yang diberi nama Nana) menerusi laluan Trans-Siberia yang mencabar. Keempat-empat kenderaan tersebut dipasangkan tayar Continental ComfortContact 6 (CC6) dan UltraContact (UC6).

IMG_0930

Pada majlis sidang media yang diadakan di premisnya di Petaling Jaya, Continental Tyre Malaysia (CTM) berkongsi bahawa pasukan itu telah merentasi lebih 30 negara dalam masa lapan bulan dan 607 jam pemanduan di jalan raya.

IMG_0905

Pengarah Urusan CTM, Cameron Wilson berkata, “Kami mengalukan-alukan pasukan #Live2Drive kembali ke Malaysia dan berbangga dengan pasukan itu yang berjaya memberi inspirasi serta sumbangan kepada komuniti sepanjang perjalanan.”

IMG_0928

Salah seorang daripada ahli pasukan #Live2Drive, Cliften Nathaniel berkongsi pengalamannya, “Memandu dalam cuaca sejuk dengan tayar musim panas adalah sesuatu yang diluar jangkaan saya. Kami memandu ke kawasan altitud tinggi dengan suhu sejuk, ‘off-road’ yang sukar serta salji dan jalan berais.”

IMG_0933

“Walaupun begitu, tayar-tayar yang digunakan menunjukkan prestasi yang hebat dan membuatkan kami ingin terus memandu. Saya menggunakan dua set tayar Continental – 185/65/15 dan 215/55/17 – untuk Kombi saya. Selain dari keselesaan, tayar ini juga beraksi dengan baik dalam keadaan basah dan memberikan saya keyakinan lebih tinggi untuk memandu kereta klasik merentasi benua.”

Previous post

Lamborghini Perkenalkan Aventador SVJ Paling Laju

Next post

Pemuda Keliling Dunia Dengan Ducati Scrambler

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *